Sunday 19 May 2013

Perbualan antara Adi bin Hatim al-Tai' dengan Rasullullah ﷺ


Adi = Wahai Muhammad, mengapa kamu mengatakan kami mengambil rahib-rahib sebagai Tuhan kami sedangkan kami menyembah Isa, bukan rahib?

Muhammad S.A.W= Wahai Adi, bukankah mereka itu mengharamkan perkara yang halal kepada kamu dan menghalalkan perkara yang haram kepada kamu. Inilah ibadah kamu kepada mereka. Ibadah bukan sahaja pada sujud. Termasuk dalam ibadah adalah membuat hukum. Mereka membuat hukum yang bertentangan dengan dengan hukum Allah dan orang Nasrani mentaatinya. Barang siapa yang membuat hukum selain daripada hukum Allah, ertinya dia bersekutu dengan Allah dalam membuat hukum kerana membuat hukum itu hanya hak Allah. Barang siapa mentaati hukum2 ini seolah-olah mereka menjadikan pembuat hukum tadi seperti Allah. Mereka adalah orang yang mempersekutukan Allah.



Petikan buku "Biografi Muhammad Bin Abdullah : Perjalanan Hidup Seorang Nabi" PTS Islamika Sdn. Bhd
Muka surat 403

No comments:

Post a Comment