Tuesday 21 May 2013

Doa dalam Al-Mathurat. Susunan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna


  • Ya Allah, kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (Nama)Mu. Hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan keta'atan kepada (perintah)Mu. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyu', ilmu yang berguna. keyakinan yang benar-benar mantap. (Ya Allah) Kurniakanlah kami. (Din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa irang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) Iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri, atau menyembah selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung Rahmat Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah
  • Ya Allah, menjelanglah kini malam (ciptaan) Mu, beredarlah sudah siang Mu, inilah keluhan suara dan pinta dari du'ah Mu maka oleh itu ampunkanlah dosaku
  • YA ALLAH, Engkau mengetahui hati-hati ini, Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, Bersatu memikul beban dakwah-Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, Akan jalan-Nya yang sebenar, Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu, Yang tidak kunjung malap, Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan, Dan keindahan tawakkal kepada-Mu, Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu, Jika Engkau mentakdirkan mati, Maka matikanlah pemilik hati-hati ini, Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong, YA ALLAH, Perkenankanlah permintaan ini.

No comments:

Post a Comment