Wednesday 15 May 2013

Indahnya KHUTBAH WADA' (perpisahan) terakhir Baginda. (=


Di Arafah, ketika menunaikan haji Wada' yang dirombongi dengan seramai 100,000 orang lelaki (paling kurang) Muhammad berkhemah di Namirah. Di situ beliau menyampaikan khutbahnya yang masyhur yang disebut Khutbah Wada'
"Wahai manusia, dengarlah daripada aku kerana aku mahu menerangkan kepada kamu kerana aku tidak tahu, mungkin aku tidak dapat lagi bertemu dengan kamu selepas tahunku ini di tempatku ini"

Kemudian Muhammad berhenti seketika. beliau bertanya kepada semua yang hadir, "Wahai manusia, hari apakah hari ini?"

Mereka berkata, "Hari ini adalah hari haji Akbar"

Muhammad bertanya lagi, "Bulan apakah bulan ini?"

Mereka menjawab, "Ini bulan mulia, wahai Muhammad"

Muhammad bertanya lagi, "Tanah apakah tanah ini?"

Mereka menjawab, "Ini tanah mulia, wahai Muhammad"

Muhammad menyambung khutbahnya dengan menyampaikan beberapa pesanan penting untuk umat Islam sambil mengukuhkan lagi hukum2 penting dalam kehidupan umat Islam.

Muhammad berkata, "Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah mulia ke atas kamu. Sehingga kamu bertemu dengan Tuhan kamu seperti mulianya hari ini, bulan ini, dan tanah ini"

Muhammad bertanya pada umat Islam yang hadir "Adakah aku sudah menyampaikan? Ya Allah, saksikanlah"

"maka barang siapa ada memegang amanah, tunaikanlah amanahnya kepada tuannya yang berhak."

Muhammad memulakan hukum Allah ini dengan keluarganya dahulu. Muhammad dan keluarganya terlebih dahulu menjadi contoh kepada umat yang lain. Pesanan Muhammad kepada para pejuang Islam dan pendakwah yang mahu menegakkan undang-undang Allah di muka bumi ini, mereka perlu memulakan dengan diri dan keluarga mereka terlebih dahulu.

"Dan sesungguhnya riba orang Arab sebelum Islam sudah dibatalkan. Riba pertama yang aku batalkan adalah riba Abbas bin Abdul Muttalib"

"Dan sesungguhnya kebanggaan orang Arab sebelum Islam juga dibatalkan melainkan dua perkara iaitu sidanah, menjaga dan memelihara Kaabah dan siqyah, memberi minum kepada jemaah haji."

Lalu Muhammad menerangkan hukum Islam dalam kes bunuh "Pembunuhan yang sengaja itu mengikut Islam dipanggil qawad."
terdapat tiga jenis hukuman dalam kes bunuh.
  1. qisas iaitu dibunuh si pembunuh
  2. membayar diat kepada keluarga si mati.
  3. dan sekiranya pembunuhannya samar (pembunuh memang bertujuan membunuh tetapi menggunakan alat yang pada adatnya tidak dapat membunuh seperti membaling batu atau tongkat) maka hukumannya ialah 100 ekor unta tidak ada lebih kepada keluarga si mati.
"Wahai manusia, sesungguhnya mempermainkan bulan haram adalah penambahan yang kufur"

"Orang-orang kafir menyelewengkan perkara ini. Mereka mengharamkannya pada satu tahun dan menghalalkannya pada tahun yang lain untuk mereka melakukan perkara yang Allah haramkan" 
orang-orang kafir sebelum ini selalu mengubah-ubah bulan haram supaya mereka boleh berperang kerana kehidupan mereka bergantung kepada peperangan. Jadi, perjalanan pada masa itu sudah berubah. Oleh itu mereka mengerjakan haji bukan pada bulan haji lagi.

"Dan sesungguhnya waktu itu telah berputar semula seperti keadaannya semasa Allah menciptakan langit dan bumi" dan Muhammad membereitahu, pada masa ini, perjalanan waktu sudah kembali kepada perjalanan yang betul kembali. Kemudian, baginda pun menyampaikan beberapa wasiat.

"Wahai manusia, sesungguhnya bagi isteri kamu ke atas kamu ada kewajipan begitu juga bagi kamu ke atas mereka ada kewajipan. Hak kamu ke atas mereka adalah mereka tidak membawa orang lain selain kamu ke tempat tidur. Mereka juga tidak boleh membawa sesiapa yang kamu tidak suka ke dalam rumah kamu melainkan dengan izin kamu dan mereka tidak boleh melakukan kemungkaran nafsu. Kalau mereka melakukan kemungkaran, sesungguhnya Allah mengizikankan kamu bertegas dengan mereka dan meninggalkan tempat tidur mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan mencacatkan. Kalau mereka berhenti daripada menderhaka dan mentaati kamu, menjadi kewajipan kamu memberi nafkah yang baik kepada mereka. Sesungguhnya para isteri ibarat orang tawanan di rumah kamu, mereka tidak berkuasa ke atas diri mereka. Kamu mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan kamu menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah iaitu akad nikah."

Baginda menyambung lagi "Wahai manusia, sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara. Tidak halal bagi kamu harta-harta saudara kamu melaonkan dengan keredaan daripadanya. Adakah aku sudah menyampaikan kepada kamu? Ya Allah saksikanlah. Janganlah kamu berpatah balik kepada kufur selepasa aku, kamu berbunuhan di antara kamu. Sesungguhnya aku sudah tinggalkan kepada kamu, kalau kamu berpegang dengan peninggalan ini kamu tidak akan sesat iaitu Al-Quran. Adakah aku sudah sampaikan? Ya Allah, saksikanlah. Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu sau dan ayah kamu satu, semua kamu daripada Nabi Adam AS sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa. Tidak ada kemuliaan bagi bangsa Arab ke atas bangsa lain kecual taqwa. Adakah aku sudah sampaikan?"

Sahabat-sahabat baginda berkata "Ya, kamu sudah sampaikan wahai Muhammad."

Muhammad berkata, "Kalau begitu, seiap yang hadir di kalangan kamu hendaklah dia menyampaikan kepada yang tidak hadir."

Kemudian baginda menyampaikan pesanan berhubung dengan harta pusaka supaya tidak ada ruang bagi orang yang berselisih berhubung hal ini.
"Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah membahagikan kepada setiap waris  bahagiannya daripada harta pusaka. Tidak boleh berwasiat lebih daripada satu pertiga daripada harta pusaka. Anak itu dinisbahkan kepada ayahnya daripada perkahwinan yang sah. Orang yang berzina direjam dengan batu. Barang siapa yang menasabkan kepada bukan ayahnya ataupun mengambil wali bukan walinya, ke atasanya laknat Allah dan para malaikat dan manusia seluruhnya. Tidak diterima daripadanya. Adakah aku sudah menyapaikannya?"

Sahabat-sahabatnya berkata "Ya, kamu sudah sampaikan wahai Muhammad."

"Wahai Allah! Saksikanlah." kata Muhammad SAW sambil beliau memberi salam penutup.

Inilah khutbah Wada' yang mana Muhammad SAW meringkaskan di dalamnya sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaian dengan perhubungan sesama manusia, iaitu hubungan manusia sesama manusia yang menjadi punca persengketaan antara mereka. Muhammad mengulanginya dan menegaskannya lagi kepada umat Islam.

No comments:

Post a Comment